Ramai segelintir masyarakat yang menyatakan negeri Kelantan ni miskin, mundur, tidak mempunyai golongan profesional, kurang pembangunan, kehidupan rakyat tidak berubah, dan pelbagai tohmahan selalu dilemparkan kepada negeri Kelantan. Namun apa yang dilontarkan itu semu tidak berasas dan tidak cerdik. kebanyakkan yang menyatakan sedemikian adalah golongan yang hanya mendengar kabar angin sahaja dan belum pernah jejak kaki ke Kelantan lagi..
Perkara penting untuk semua orang tahu akan negeri Kelantan
1) Di kelantan ramai pendudduk duduk diatas tanah, bukannya diatas rumah orang lain, dan kebanyakkannya adalah besar dan milik orang melayu
2) Penjualan emas yang terbaik dikelantan, ramai usahawan emas atau tokey emas yang berjaya dengan perniagaan emas seperti abang ipar ku yang menjual emas di Arked Uda Kota Bharu dan juga di Kelantan tersohor dengan mata wang dinar dan dirham. maaf la, di kelantan, penduduk wanita menggunakan 100% emas tulen.
3) Kalau anda perasan, di kelantan melahirkan ramai penternak. sebab tu bila anda ke Kelantan anda boleh jumpa daging tempatan yang fresh ditepi jalan. Tahap kehalalan daging lembu boleh dikatakan 100% halal serta bersih dan boleh dimakan tanpa ragu-ragu dimana berbeza ditempat lain yang dipenuhi dengan daging import serta status halal yang tidak meyakinkan.
4) Kebanyakkan orang melayu di kelantan mempunyai tanah yang luas serta mereka manfaatkan tanah mereka dengan penanaman sayur,pokok serta benda yang boleh menjana pendapatan.
5) Di Kelantan jika anda hanya berpendapatan RM2000 kebawah, anda boleh menjalani kehidupan dengan harmoni dah kerana di kelantan anda dapat merasai pelbagai hidangan nasi berlauk dengan harga yang murah.
6) Kebanyakkan penjual serta usahawanan di kelantan adalah melayu islam dan telah melahirkan ramai generasi yang berjaya sehingga ke hari ini. Juga jika anda pergi ke bandar Kota Bharu anda boleh melihat ramai makcik-makcik yang menjual dan menjaja emas di tepi jalan. ini menunjukkan orang kelantan mampu miliki dan menjual belinya dan boleh dikatakan peniaga tidak mengalamai sebarang kesempitan hidup, namun apa yang difitnah kan itu hanyalah fitnah jahat dari orang yang busuk hati.
Dan banyak lagi benda yang sebenarnya anda tidak tahu keadaan di Kelantan.
jadi, kenapa ramai orang Kelantan berhijrah ke luar negeri?
jawapanya adalah :
1) orang Kelantan ingin memperjuangkan nasib orang melayu diluar sana dimana kebanyakkan dinegeri luar ekonominya majoriti dikuasai oleh bukan warga bumiputera iaitu cina, india,indonesia, acheh, arab, dan banyak lagi. Ada satu kisah ni yang berlaku di Nilai membuatkan saya masih terasa lagi akan kesedihannya dimana seorang makcik melayu ni ada buka satu kedai runcit yang hanya mampu menjalankan tidak sampai 2 bulan. Permasalahannya kerana susah nak mendapat supplier yang boleh bagi harga yang murah. bayangkan anda seorang pelajar, ada dua biji kedai A(melayu) B(cina).contoh di kedai A ni menjual biskut dgn harga RM3.80 manakala di kedai B hanya dengan RM2.50, mesti anda pilih kedai B kan?saya bersama kawan saya cuba jugak support makcik ni dengan membeli selalu dikedainya, namun lepas tu tidak kelihatan lagi kedai terbuka.mungkin mengalamai sebarang masalah.wallahuaklam.
2) kebanyakkan orang Kelantan ni menyediakan peluang pekerjaan kepada orang melayu di luar negeri. contohnya kedai motor, kedai makan restoren dan banyak lagi. beberapa kedai yang saya pernah kunjungi didapati pemiliknya adalah dari orang kelantan.
3) dan banyak lagi yang mana saya akan cerita kan lagi.. :)
Jadi saya menasihatkan yang selalu menuduh Kelantan ni negeri mundur dan sebagainya tu harap sila kunjungi negeri Kelantan baru menilainya.
Alhamdulillah saya bersyukur dapat menjadi anak jati orang kelantan dimana negeri yang membangun bersama islam dan memiliki ramai ulamak sebagai pemerintah dan pentadbiran yang berpaksikan pada Al Quran dan Sunnah.Sekian..Terima Kasih
Jika ada sebarang penambahan atau kesilapan sila lah komen..
:)
Tweet
No comments:
Post a Comment