Monday 21 July 2014

Usahawan Rock Melon di Kelantan

Assalamualaikum w.t.b...

Sebelum aku balik kelantan, macam biasa mencari tempat yang menarik untuk ilmu sedikit sebanyak. Kali ni membawa diri ku ke Jabatan Pertanian Lundang, Kota Bharu. Niat membawa hajat memohon tanah terbiar dikelantan untuk diusahakan dan disamping itu menanyakan akan perkembangan penglibatan usahawan muda tani dalam bidang pertanian. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan pegawai bahagian perancangan En Raja Burhanudin seorang yang peramah lagi terbuka pemikiran, lepas sejam berbincang, aku diberi satu profile seorang usahawan Rock Melon yang berjaya bernama En. Wan Azwa. sangat teruja dengan latar belakangnya merupakan siswazah USA dalam bidang sains. sebelum dia bergiat dalam pertanian, dia pernah kerja di Oversea dan beberapa tempat di Malaysia. Pada 20 Julai, Alhamdulillah diberi peluang untuk berjumpa dengan En Wan Azwa di Machang, Kelantan. Dia berwatakan sangat baik, peramah juga mahir dalam bidang fertigasi. sekarang ni dia tanam hampir 6000 pokok rockmelon dengan menggunakan kaedah inovasi nya tersendiri. Sangat menjimakant kos dan yang penting memberi pulangan yang lumayan, ia berbeza dengan kaedah fertigasi yang sebelum ni aku pernah tengok. Setiap buah dapat mengeluarkan berat sehingga 3kg/biji. melihat permintaan dan pasaran yang tinggi sehingga sebiji rock melon harganya rm3.20/kg. Namun untuk memastikan kualiti rock melon terpelihara, perlunya memastikan rock melon tersebut manis dan yang penting corak berbentuk jaring dikulit buah itu cantik. Rock melon sangat sesuai digunakan konsep fertigasi kerana buahnya bukan sahaja menarik tapi kelihatan mewah (luxury). sangat berbaloi dengan kos pembinaan fertigasi tersebut.



En Wan Azwa juga seorang penasihat teknikal di syarikat dia sendiri, juga menyediakan perkhidamatan seperti pembinaan pelindung hujan, membekal input pertanian, pemasanagan pengairan pertanian, kursus2 dan khiamat nasihat. Diberi peluang melawat tempat fertigasi En Wan Azwa sangat menarik dengan kekreativitiannya, keinovasiannya, kepadatannya dan keberhasilannya. Subhanallah sangat tertarik hati. En Wan Azwa ada juga berkongsi sedikit tip untuk;
1. kawinkan buah
2. nak seratakan buah yang masak
3. tarikh sesuai untuk menanam
4. DLL.




Julan tahunan En Wan Azwa mencecah 100,000.00. Sangat menarik hati lagi untuk mendekatkan diri dalam bidang fertigasi. Hmm, begitu banyak peluang yang ada, tapi kebanyakkan remaja kini sudah kabur akan dunia berdaun ini. Dengan harapan yang tinggi dan gembira, InsyaAllah diberi peluang dan rezeki, akan ku laksanakan projek fertigasi ini secepat mungkin, bila anda dapat pioner suatu projek, bermakna anda telah membawa diri kearah kejayaan. Dengan bantuan dari Lecturer, Pejabat Pertanian, Mardi, InsyaAllah, memanfaatkan bumi Allah ini dapat disempurnakan dengan sebaiknya.




Alhamdulillah juga cadangan ku diterima baik oleh beberapa pihak dan sudi Joint Venture dan berkerjasama. Amat bersyukur kehadrat ilahi. Dengan kesabaran, kesungguhan dan usaha, InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Percayalah praktikal sangat berbeza dengan teori. Tiada jalan singkat untuk berjaya dan juga telah jelas bahawa pertanian adalah perniagaan yang telah dibuktikan oleh beberapa usahawan tani yang berjaya. Belajar lah menghargai persekitaran anda dengan manfaatkan bumi Allah sebaik baiknya.
IamAgropreneur Abdul Alim , 4.36pm/ 21 Julai 2014





Reply To This Comment
Sharing is Charing (n_n)v


Sharing is Caring ( ^_^ )

This blog is Protected. Copyright 2013 © Design By Alim Entrepreneur