Perkara yang utama perlu ada oleh seorang ahli perniagaan ialah modal. Biasanya ahli perniagaan akan membuat pinjaman daripada badan-badan yang tertentu seperti PUNB, MARA, dan lain-lain lagi. Apa yang saya nak nyatakan disini adalah ramai pra-businessman/wmen takut untuk mengambil risiko. Dalam membuat perniagaan biasanya kita akan hadapi samada RUGI ataupun UNTUNG. Namun, kita sebagai ahli perniagaan tidak akan sesekali membiarkan perniagaan kita mengalami kerugian.
Disini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya dulu masa membuat satu jenis perniagaan dimana modal yang besar tapi untung yang sedikit. Dimana saya memerlukan untuk satu transaksi itu antara RM200-RM300 tapi untung nya hanyalah RM20 sahaja dimana untung atau rugi itu belum lagi saya tahu. Kalau untung dapat la RM20 manakala kalau rugi hilang lah semua modal yang saya gunakan itu. Dengan sedikit tawakkal serta kesungguhan InsyaAllah segala perniagaan kita akan berjalan dengan lancar. Sepanjang perniagaan yang saya buat, saya sempat beberapa kali air mata kerana mengalami kerugian. Bayangkan sekali transaksi anda mengalami kerugian yang sangat besar, mesti agak mengecewakan.
Alhamdulillah lepas dari saya alami perniagaan tersebut saya lebih berani untuk menceburi apa jua perniagaan. Jadi, apa yang saya nak pesankan adalah jangan pernah takut dengan risiko malahan anda kena berani untuk melabur atau membuat sesuatu bisnes. Sesiapa yang ada pengalaman samada kena tipu atau ada pengalaman boleh la kongsi-kongsi dengan saya.semoga ia lebih menambah baik lagi perniagaan saya. Membuat perniagaan itu indah kerana anda boleh memupuk sifat bersabar dalam hidup. Risiko itu hanya lah bayang-bayang anda diwaktu malam, kita tidak akan nampak selagi bulan tidak menampakkan dilangit.
Risiko ni sudah menjadi adat dalam perniagaan. Jika anda masih ragu-ragu untuk menghadapi risiko, maka terlepas lah anda peluang dimana sepatut anda dapat menghadapinya tetapi anda tidak menempuhnya. Ruginya dalam kehidupan sesorang itu hanya mengaharap rezki jatuh didepan mata tapi usaha itu tiada.
Segala perniagaan mudah untuk dilaksanakan jika anda tahu rahsianya.
bertanya lah kepada yang tahu, jangam hanya sekadar membicarakan sesuatu seperti duit syiling dimasukkan kedalam tin,apabila digoncang bunyinya kuat tapi hakikatnya bernilai RM0.05..Allahuakbar.
:)
Tweet



No comments:
Post a Comment