Membuat perniagaan adalah sesuatu perkara yang perlu dipupuk ketika waktu remaja lagi. Ini kerana membolehkan kita mencapai target usahawan berjaya pada usia muda. Perniagaan ni boleh dikategori kan kepada beberapa jenis iaitu "convensional", "francais", "networking", "broker", dll.
Bagi saya, saya lebih suka kepada perniagaan fizikal iaitu perniagaan yang boleh dirasa urus niaganya sebagai contoh perniagaan fizikal adalah menjual barangan di kedai runcit. Membuat perniagaan adalah bukan perkara yang susah sehingga besi buruk, surat khabar lama mahupun botol air kosng pun boleh dijadikan sebagai perniagaan. Antara jenis perniagaan yang saya alami dan minati adalah dalam sektor :
1) perladangan
2) pertanian
3) percetakkan
4) pembinaan
5) pengimport an
6) pemasakan (catering)
7) rangkaian (networking)
Tidak kira apa jua jenis perniagaan yang anda lakukan, yang penting anda mesti perlu minat, ikhlas dan jujur dalam segala urus niaga perniagaan. Bagi saya untuk menjadi kearah yang profesional dalam bidang perniagaan, anda perlu membuat bisnes tambahan. Sebagai contoh, sekarang anda membuat perniagaan buah pisang, disamping tu anda membuat perniagaan pisang goreng. Ini dikira sebagai backup untuk perniagaan anda. Biasanya dan saya sendiri alaminya sendiri, buat perniagaan ni ada kala naik dan adakala turun (fluctuate). Namun, apa yang penting adalah kita perlu sabar dan bersyukur dalam apa jua keadaan. Setiap kali anda untung atau mengalami sedikit kerugian, selalu lah ucap Alhamdulillah.
Alhamdulillah saya sekarang ni mempunyai syarikat sendiri Dono Geno Entrp. berpartnerkan sahabat saya dan InsyaAllah selepas grade di USIM ni, perancangn saya adalah melibatkan diri dalam kontek yang lebih besar seperti pelaburan, francais serta pemilik kepada restoren dan miliki sendiri yayasan sendiri dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang melayu islam. InsyaAllah dengan segala pengalaman yang saya tempuhi samada pahit manis, ditipu, dan sebagainya dalam dunia perniagaan ini dapat membantu untuk membaik pulih lagi keadaan bisnes.
InsyaAllah lepas ni saya akan berkongsi pengalaman, tip serta cara untuk lebih nampak lagi dengan peluang perniagaan yang kita belum ceburi. InsyaAllah sama-sama menerajui kearah berjaya di dunia dan akhirat.
Tweet
terbaik...slmt maju jaya....comel blog ni..hehe
ReplyDeletetma ksih..hehe
Delete