Tuesday, 15 January 2013

Ikan Goreng Sambal Brown

Assalamualaikum...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Allohummasolli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad...
Petang ni 15 januari 2013, ikan goreng sambal brown menjadi makanan utama untuk malam nie..

Jadi, apa yang special?kenapa ikan?ikan apa?kenapa goreng?kenapa sambal?kenapa Brown?
macam2 hati ni duk tanya..tapi biar la,saya akan menjawab!!

apa yang special? : tak de yang special, cuma tidak kena makan kat luor,boleh save bajet.tu jela..

kenapa ikan? : saya dah muak la dengan ayam, sebab ayam tak sama macam ikan, ikan ada banyak jenis lagi berprotein, ayam ni sama je semua kecuali ayam turkey je, tu pun besar je.tetap dua kaki.

ikan apa? : bagi saya la,kalau ikan untuk menggoreng, saya lebih suka kepada ikan selar, bukan selar kuning, tapi selar sahaja.hehe

kenapa goreng? : aduyaii..saje la nak menggoreng petang nie..boleh kan?

kenapa sambal? : mudah je, sebab pedas.tu dipanggil sambal.

kenapa Brown? : haaaa...ni payah sikit saya nak jawab.tapi la sebab saya kata brown sebab wrna dia kot. Insyaallah saya tak rabun warna lagi.wrna dia merah kekokoan gitu la..tu je sebab kenapa brown..

jadi nya saya nak sharing2 la respi ni, nampak je senang tapi teknik2 tu kena ada la..nak tau kenapa?jap lagi saya cerita..

Sebelum tu kan, saya nak bercerita sedikit : sebenarnya kan saya pernah hampir2 gaduh dengan member saya :'( tapi tak pe la saya sabar,saya tahu mungkin saya ni salah.saya hanya mendiamkan diri.
waktu tu kan, ,bermula la a.k.a dialog


saya : masak pe arini?
## : masak ikan kicap je.

saya tanya la kenapa tak goreng ikan tu?ermmmm

tp xpe la dia kata biasa la ikan masak kicap macam ni la.. ( a.k.a ikan rendam dalam kicap, letak garam gula siap) ..sy bukan nak komplen mahu pun komen tp jika untuk rasa lebih sedap, buat la cara saya..
ermmm..(hati saya kata xpe la,)(slamat menjamu selera)

apa yang saya nak perkatakan bukannya saya sempurna dalam memasak,bukan pandai, tapi Insyaallah jika anda makan tu sedap la..cewahhh..hehe

okey,saya paham..
mudah je nak buat..
ni resepi dia :




  • ikan selar sekor (pilih yang segar lagi besar)
  • lada kering 15 biji (blend)
  • bawang merah 3 biji (blend)
  • bawang putih 5 biji (blend)
  • lada burung 4 biji (blend)
  • kicap
  • garam dan gula
***saya tidak menggunakan ajinomoto dalam setiap masakan

1.   goreng ikan selar macam biasa biar bagi kekuningan emas. nak menggoreng tu penting, jangan bagi kulit ikan melekat pada kuali, nnti bila nak balik ikan tu susah la..bukan senang gak nak menggoreng ikan ni.lepas dah masak tu,asingkan dari kuali tu.

****tips lagi : elakkan dari membalik ikan banyak sekali,nnti akn hancur isi dia.
2.   masukkan sedikit air dalam blend, blend semua bahan tu sampai hancur.kemudian tumiskan bahan2 tersebut.biarkan ia pecah minyak serta pekat..

****pastikan tumis sampai minyak,tidak emang akan sakit perut la

3. apabila dah pekat, letak sedikit garam, gula serta kicap.kicap tu jangan banyk, cukup untuk memberi rasa lemak sahaja.
biarkan seketika..cuba la rasa, jika nak rasa masam sedikit letak asam keping, tu je la..
lepas tu siap sedia di hidang dengan nasi putih..yummm2

gambar original dari Alim..

ini sahaja dari saya..terima Kasih.. Alim
=)
Sharing is Charing (n_n)v


Sharing is Caring ( ^_^ )

3 comments:

This blog is Protected. Copyright 2013 © Design By Alim Entrepreneur