Sunday, 13 January 2013

Cara Buat Patty Daging Burger

Assalamualaikum..
sebagaimna kita tahu, rakyat Malaysia suka sangat makan burger, tak kira lah burger daging,ayam,ikan mahupun oblong sekali pun..tapi kepada pendiet tu mungkin tak menggemarkan sangat la.
Pelbagai jenama daging burger yang dikenali mahupun tidak dikenali antaranya ialah Ramly
Apa yang saya nak kata kan adalah dalam satu burger tu : apa yang tidak sempurna suatu burger jika tidak ada benda tu, jawapannya mesti daging tersebut..hehe

Kalau kita tengok pelbagai cara orang2 makan burger antaranya :

  1. Makan sekali gus
  2. Makan roti dulu, baru meratah daging
  3. Buang segala sayuran dalam burger, makan roti dengan daging sahaja.
  4. Dan macam2 ragam lagi la



Apa yang saya nak bincangkan bukan soal cara makan, tapi cara nak lebih sedapkan bnda yang kita makan itu dengan membuat sendiri..
SUSAH KE NAK BUAT DAGING BURGER????
ADUYAiiiiii...masalah betoi..hehe

JAWAPANNYA senang jer..

Sebelum itu saya nak cerita kan sedikit pengalaman pertama makan burger abg Burn..
ok jugak la rasa dia tu, ni gambar dia kepada siapa yang belum pernah tengok.



Rasa dia memang hebat la,dgn mayonis, chez sause tu..hehe
terlintas plak dihati ini untuk buat nya sendiri...
=)
ok la..cukup lah untuk bercerita..
JOM BUAT PULAK

Benda YANG PALING PENTING..


  • Daging kisar kasar - 1kg
  • 1/4 cawan serbuk roti
  • Bawang besar sebiji - cincang sampai hancur
  • sos Worcestershire @ kicap cap sotong - untuk rasa lemak masin - 2 sudu
  • telur sebiji
  • Sayuran : tomato,salad, timun
  • cheese jika nak letak
  • garam, gula secukup rasa
  • Minyak


CARA NAK BUAT :



  • ambik daging kisar tu letak dalam bowl. gaulkan bersama serbuk roti, bawang besar, garam, gula,sos,
  • pecahkan telur dalam bowl tu dan gaul
  • lepas sebati kepal2 jadi bulat dan tekan dia menjadi lemper (nak tebal besar mana ikut suka minat la)




lepas siap buat lemper tu,sapukan sedikit minyak pada keliling daging tu..kemudian grill kan dia..
balik kiri-kanan smpai menjadi perang.
UNTUK PENAMBAHAN CHEESE
masa menggrill tu, letak chess atas daging supaya ia sedikit cair atas daging..dan semestinya nampak lagi sedap la..

********jika daging anda buat tebal la..anda perlu masukkan dlm oven sekejap dalam 3 minit.

lepas dah siapkan membakar,menggrill..
boleh la dihidangkan dengan roti,sayuran dan sos..
kemudian jadilah ini..
Selamat mencuba..





InsyaAllah sedap+enak
Resepi nie hasil modified untuk lagi terbaik..
TQ for Laura Vitale..
Sharing is Charing (n_n)v


Sharing is Caring ( ^_^ )

1 comment:

  1. peh..lazatnye...cuba try buat burger inti cheese pulak...inti jem strawberry ke..guna Stufz..senang je nak buat..boleh tgk bende tu kat http://bit.ly/stufz-malaysia

    ReplyDelete

This blog is Protected. Copyright 2013 © Design By Alim Entrepreneur