Bila sebut sambal mesti tergambar akan kepedasan sesuatu
sambal itu, ia bukan sekadar pedas tapi mesti balance dengan rasa masam, manis,
masin dan rasa asli dari ikan bilis tersendiri. Sebelum ni sentiasa je makan
dekat Nilai sambal bilis dari pelbagai tempat, tapi amat menduka cita lepas
makan kebanyakkan sambal tersebut boleh bertahan dalam perut tak lebih 1 jam
pun. Mungkin sebab beberapa kesilapan yang dibuat dalam proses pembuatan
tersebut.
Biasa nya kebanyakkan pembuat sambal akan membuat kesilapan
seperti :
- Cili kering tidak direndam air panas
- Cili kering tidak dibuang biji nya
- Ikan bilis yang kurang segar (fresh)
- Penumisan cili tidak sehingga masak sepenuhnya (pecah minyak
- Imbalance of seasoning ( perasa yang tidak seimbang)
Menikmati sambal yang enak dan sedap umpama makan nasi
dengan budu tempoyak la, sedap nya tidak terkata. Tapi apa yang penting semakin
lama sambal, semakin sedap. Itu yang penting lau bicara soal sambal. Dimana boleh
dimakan dengan apa jua hidangan seperti roti, letak dalam lotong dan
sebagainya. Suka nya diri ini nak berkongsi sambal ikan bilis style Kelantan;
Hidangan ni boleh dihidang ke 4-6 orang dalam suatu masa
1 cawan ikan bilis (50gram)
10-12 cili kering
4 biji bawang merah kecil ( bawang merah besar 2 biji)
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 keping asam keping
1 cm halia
3-4 sudu gula kasar @ gula Melaka(nisan) lingkar dalam ½ shaja.
Cara nak buat;
1.
Belah cili kering dan asing kan biji nya,
kemudian rendam dalam air panas sehingga kembang.
2.
Kisarkan ½ bawang besar, bawang merah, halia,
bawang putih, cili kering yang direndam dan ½ cawan ikan bilis. Semua bahan
perlu dibasuh agar memastikan kesegaran sambal tersebut.
3.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis
sehingga pecah minyak, masuk ½ cawan air untuk mengelak dari sambal cepat
kering dan hilang rasa keaslian pedas dari cili kering tersebut.
4.
Bila tumisan sambal hampir kering masukkan gula
kasar atau gula Melaka tersebut dan masukkan ½ bawang besar yang dipotong nipis.
Juga masukkan asam keeping tersebut. Kacaukan dan biar sementara dengan api
yang kecil. Perasakan dengan secukupnya. Saya tak pernah guna perasa tambahan
seperti ajinomoto dalam masakan, kerana saya mahu rasa keaslian dari bahan yang
kita gunakan, bukannya dari tambahan perasa.
Harap perkongsian saya dapat membantu dalam menghasilkan
sambal yang sedap, memasak sendiri itu lebih puas hati dari makan kat luar. Percaya
la, kita akan yakin lagi dengan masakan yang dihasilkan oleh tangan kita sendiri.
“It’s about the perfection on the plate” –Alim 7/8
Tweet
No comments:
Post a Comment